Tuesday, October 20, 2015

Hadis Palsu-Kelebihan memotong kuku


al-Mas'udi Ibn Hamid al-Himyari dari ayahnya dari Abdullah bin Mas'ud:
من قص اظفاره واحدّ من شاربه كل يوم جمعة ادخل الله فيه شفاء وأخرج منه داء
Maksudnya: Dikatakan sesiapa yang memotong kukunya dan menipiskan misainya pada setiap hari Jumaat maka Allah akan memasukkan ke dalamnya penawar dan mengeluarkan darinya penyakit.
Hadis ini terlalu daif kerana terdapat perawi yang bernama ٍSalih bin Bayan. Beliau perawi matruk (yang ditinggalkan riwayatnya) dan beliau bersendiri dalam riwayat ini. Oleh itu, al-Daraqutni menghukumnya sebagai terlalu daif. (Rujuk: Ibn al-Jauzi, al-'Ilal al-Mutanahiah, jld. 1, hlm. 461)
- Jalur Ali bin Asim dari al-Mas'udi dari Ibn Hamid al-Himyari dari ayahnya:
حدثنا محمد بن أحمد المروزي ، نا عاصم بن علي ، نا المسعودي ، عن ابن حميد الحميري ، عن أبيه ؛ قال: كان يقال : من قلم أظفاره يوم الجمعة ، أخرج الله تعالى منه داء وأدخل فيه شفاء
Maksudnya: Dikatakan sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka Allah akan mengeluarkan darinya penyakit dan memasukkan ke dalamnya penawar.
Riwayat ini daif kerana beberapa sebab:
i. Riwayat ini mursal kerana Hamid al-Himyari bukanlah sahabat. Beliau juga tidak menyandarkan lafaz ini kepada Nabi sallallah alaih wasallam maka ia bukanlah hujah.
ii. Terdapat perawi yang bernama al-Mas'udi. Beliau dihukum sebagai perawi yang nyanyuk di akhir hayatnya. Asim bin Ali pula sememangnya mendengar hadis dari al-Mas'udi selepas beliau ditimpa penyakit nyanyuk. (Rujuk: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 748)
5. Jalur Abu Jaafar al-Baqir
al-Baihaqi meriwayatkan dari jalur Abu Jaafar dengan lafaz:
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يستحب أن يأخذ من شاربه وأظفاره يوم الجمعة
Maksudnya: Nabi sallallah alaih wasallam suka memotong misainya dan kukunya pada hari Jumaat.
Hadis ini daif kerana ia mursal (sanadnya terputus). (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 10, hlm. 346)
Kesimpulan
Maka jelas di sini tiada satu hadis pun yang sahih berkaitan kelebihan memotong kuku pada hari-hri tertentu. Fadhilat memotong pada hari tertentu itu tidak sahih dari mana-mana hadis. Kata al-Sakhawi:
لم يثبت في كيفيته، ولا في تعيين يوم له، عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء
Maksudnya: Tidak sahih (dalam bab memotong kuku) satu hadis pun dari nabi sallallah alaih wasallam pada kaifiat (memotongnya) dan juga pada menentukan hari (memotongnya) (Rujuk: al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)
Namun, perbuatan memotong kuku ini adalah perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam. Potonglah kuku kerana Islam sentiasa menganjurkan kebersihan tambahan pula pada hari Jumaat orang Muslim berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Oleh itu, sebahagian sahabat Nabi sallallah alaih wasallam dan sebahagian tabiin memotong kuku mereka pada hari Jumaat. (Rujuk: Ibn Rajab al-Hanbali, Fath al-Bari, jld. 8, hlm. 104)
Wallahu'alam
Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
2.22 petang
15 September 2014