Wednesday, October 21, 2015

ebook

Doa dan zikir sesuai sunnah

http://www.konsultasisyariah.com/download-gratis/ebook-doa-dan-dzikir-sesuai-sunnah.pdf

Zikir-Mendapatkan redha Allah

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا

Rodhiitu billaahi robbaa wa bil-islaami diinaa, wa bi-muhammadin shallallaahu 'alaihi wa sallama nabiyya.

"Aku ridha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai nabi."

Dibaca 3 kali pagi & petang
Barangsiapa yang mengucapkan zikir ini sebanyak 3 kali di pagi hari dan 3 kali di petang hari, maka layak baginya mendapatkan redha Allah.
[HR. Abu Daud no. 5072, Tirmidzi no. 3389. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadts ini hasan]

Tuesday, October 20, 2015

Koleksi penjelasan ringkas Dr Rozaimi Ramle berhubung

Koleksi penjelasan ringkas Dr Rozaimi Ramle berhubung :
1. PENJELASAN MENGGERAKKAN JARI DALAM TASYAHUD & SENTUH SUAMI ISTERI DALAM WUDHU
on YouTube - https://youtu.be/bBXGeLRu3YY

2. FAKTOR KEMUNCULAN HADIS PALSU
on YouTube - https://youtu.be/ZyED707YQTA

3. BEBERAPA KAEDAH MENGENALI HADIS PALSU
on YouTube - https://youtu.be/rv-wBNknTPM

4. FADHILAT AIR YASSIN, MAKAN KISMIS & TANAM URI DENGAN PEN
on YouTube - https://youtu.be/F3LKQhRFgEM

Doa yang menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat, kebaikan agama dan dunia.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu, kata beliau,
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam selalu berdoa (dengan doa):

اللُّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أٓمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّٓتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي إِلَيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الحَيَاةٕ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيرٍ، وَاجْعَلِ المَوتَ رٓاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

"Ya Allah! Perelokkanlah untukku urusan agamaku yang mana ianya menjadi penjagaku, perelokkanlah untukku urusan duniaku yang mana ianya menjadi tempat hidupku, perelokkanlah untukku urusan akhiratku yang mana ianya menjadi tempat aku kembali, jadikanlah hidup ini sebagai penambah segenap kebaikan untukku, dan jadikanlah mati sebagai kerehatan daripada segenap kejahatan untukku".

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahih beliau.

Faedah:

- Hadith tersebut menunjukkan eloknya berdoa dengan doa ini kerana ianya merangkumi setiap aspek.

- al-Imam al-Qurthubi berkata:
"Doa yang agung ini menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat, kebaikan agama dan dunia. Sepatutnya bagi setiap yang mendengar hadith tersebut menghafalnya dan berdoa dengan doa tersebut siang dan malam. Sekiranya seseorang berdoa bertepatan dengan waktu mustajab, maka dia akan memperolehi kebaikan dunia dan akhirat". (Al-Mufhim 7/49).

Wallahu a'lam

DOA KETIKA MERASA SEMPIT

:: DOA KETIKA MERASA SEMPIT ::

Doa yang dibaca Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم ketika merasa sempit dadanya:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ...

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, Wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku meskipun sekelip mata sekali pun (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).”
(HR. al-Hakim, an-Naza'i & al-Bazzar)
[40 Hadits Qudsi dan Dzikir • Dr. Aidh al-Qarni]

Hadis Tentang Kelebihan Wanita Hamil Dan Berjaga Malam Jaga Bayi


Soalan / Hadis :
[Hadis Tentang Kelebihan Wanita Hamil Dan Berjaga Malam Jaga Bayi]

'Dalam hadis tersebut dinyatakan kononnya wanita yang hamil mendapat pahala seperti ibadah puasa dan lain lain ibadah bahkan setiap titis susu yang diberikan kepada bayi maka wanita itu mendapat keampunan.Jika si ibu berjaga malam kerana menjaga bayi maka dia akan mendapat pahala memerdekan 70 hamba sahaya.'

Penilaian hadis:
Ia palsu kerana perawi yg bernama Amr bin Said al-Khaulani. Pandangan ulama hadis terhadap beliau:
- Imam Ibn Hibban berkata : beliau meriwayatkan hadis palsu dari Anas bin Malik yg mana mereka yg mendalami ilmu hadis akan mengakui kepalsuannya. [Al-Majruhin, jld. 1, hlm. 490]
- Imam Al-Zahabi berkata: beliau meriwayatkan hadis palsu [Mizan al-i'tidal, jld. 3, hlm. 261]

Status Hadis 10 Kelebihan/Keberkatan Membaca Surah Yasin

Status Hadis 10 Kelebihan/Keberkatan Membaca Surah Yasin
Agak ramai yang bertanya saya tentang status riwayat yang menceritakan 10 kelebihan atau keberkatan membaca surah Yaasin seperti dalam gambar  di atas ini. Maka saya jawab seperti berikut:
Hadis ini diriwayatkan melalui 2 jalan:
1. Riwayat Ali bin Abi Talib. Diriwayatkan dari Ali melalui dua jalur:
i. Jalur pertama riwayat al-Harith dalam musnadnya (Rujuk: Buhgyat al-Bahith, jld. 1, hlm. 526, no: 469). Jalur ini palsu kerana terdapat perawi yang bernama Hammad bin 'Amru al-Nasibi. Berikut komentar ulama hadis terhadap statusnya:
- Kata Yahya bin Main: beliau tergolongan dalam kalangan pendusta dan pemalsu hadis
- Kata al-Bukhari: (beliau) periwayat hadis munkar
- Kata al-Jauzajani: Beliau berdusta
- Kata al-Nasaie: (beliau) perawi yang ditinggalkan.
- Kata Ibn Hibban: beliau memalsukan hadis. (Rujuk: Ibn Adiyy, al-Kamil, jld. 2, hlm. 239, no perawi: 415, al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hlm, 589, no. perawi: 2262)
Oleh kerana itu al-Baihaqi menyatakan selepas meriwayatkan juzu' awal dari hadis ini:
فذكر حديثا طويلا في الرغائب والآداب وهو حديث موضوع
Maksudnya: kemudian beliau (iaitu perawi) menyatakan hadis yang panjang dalam al-Raghaib dan adab-adab dan ia adalah HADIS PALSU. (Rujuk: Dalail al-Nubuwwah, jld. 7, hlm. 229)
ii. Jalur kedua riwayat al-Dailami seperti yang dinyatakan oleh Ibn Iraq al-Kinani. (Rujuk: Ibn Iraq, Tanzih al-Syariah, jld. 1, hlm. 296). Jalur ini pula matruk (terlalu daif) kerana terdapat perawi yang bernama Mas'adah bin Ilyasa'. Berikut komentar ulama hadis terhadap beliau:
- Kata Ahmad bin Hanbal: Tiada nilai, kami meninggalkan hadisnya lama dulu.
- Kata Abu Hatim al-Razi: (Hadis) beliau gugur dan munkar. Beliau berdusta ke atas nama Jaafar bin Muhammad. (Rujuk: al-Jarh wa al-Taadil, jld. 8, hlm. 370, no perawi: 1693, al-Kamil, jld. 6, hlm. 390, no. perawi: 1875)
2. Riwayat Abu Qilabah (Rujuk: Syu'ab al-Iman, jld. 2, hlm. 481, no hadis: 2467) Tetapi riwayat ini terdapat sedikit perbezaan dari riwayat Ali. kerana riwayat ini tidak disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam sebaliknya ia disandarkan kepada Abu Qilabah. Berikut sebahagian lafaznya:
من قرأ يس غفر له و من قرأها و هو جائع شبع و من قرأها و هو ضال هدى و من قرأها و له ضالة وجدها و من قرأها على طعام خاف قلته كفاه و من قرأها عند ميت هون عليه و من قرأها عند امرأة يخشى عليها ولدها يسر عليها
Maksudnya: Sesiapa yang membaca Yasin diampunkan baginya dan sesiapa yang membacannya ketika lapar akan kenyang, sesiapa membacanya ketika sesat maka akan dapat petunjuk, sesiapa yang membacanya ketika barangnya hilang akan menjumpainya, sesiapa yang membacanya ke atas makanan yang dia takut ia tidak mencukupi maka ia akan mencukupi, sesiapa yang membacanya di sisi mayat maka akan diringankan ke atasnya dan sesiapa yang membacanya kepada perempuan yang ditakuti (keselamatan) anaknya maka akan dipermudahkan urusannya...
Riwayat ini daif bahkan munkar kerana ada 2 kecacatan:
i. Terdapat perawi daif yang bernama al-Khalil bin Murrah al-Basri. Beliau daif pada majoriti ulama hadis semisal al-Bukhari, Abu Hatim, al-Tirmizi, ِAbu al-Walid al-Tayalisi dan Ibn Adiyy dan beliau juga banyak meriwayatkan hadis munkar. (Rujuk: al-Majruhin, jld. 1, hlm. 322, Tahzib al-Tahzib, jld. 9, hlm. 100, no perawi: 319)
ii. Tafarrud iaitu bersendirinya beliau dalam riwayat ini. Walaupun Ibn Adiy menyatakan bahawa status beliau tidak sampai kepada tahap perawi matruk (ditinggalkan) tetapi status beliau yang banyak meriwayatkan hadis munkar ditambah pula beliau bersendiri dalam meriwayatkan riwayat ini, maka ia menguatkan petunjuk (qarinah) bahawa hadis ini munkar. Tambahan pula beliau meriwayatkan hadis ini dari Ayub al-Sakhtiyani yang mempunyai beberapa anak murid kanan. Mengapa tidak ada seorang pun anak murid kanan beliau meriwayatkan hadis ini? Dengan itu saya mempunyai kecenderungan bahawa riwayat ini munkar.
Kesimpulannya hadis ini tidak sahih kerana semua sanadnya palsu, matruk dan munkar. Wallahua'lam
Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
16 Julai 2014

Hadis Palsu-Kelebihan memotong kuku


al-Mas'udi Ibn Hamid al-Himyari dari ayahnya dari Abdullah bin Mas'ud:
من قص اظفاره واحدّ من شاربه كل يوم جمعة ادخل الله فيه شفاء وأخرج منه داء
Maksudnya: Dikatakan sesiapa yang memotong kukunya dan menipiskan misainya pada setiap hari Jumaat maka Allah akan memasukkan ke dalamnya penawar dan mengeluarkan darinya penyakit.
Hadis ini terlalu daif kerana terdapat perawi yang bernama ٍSalih bin Bayan. Beliau perawi matruk (yang ditinggalkan riwayatnya) dan beliau bersendiri dalam riwayat ini. Oleh itu, al-Daraqutni menghukumnya sebagai terlalu daif. (Rujuk: Ibn al-Jauzi, al-'Ilal al-Mutanahiah, jld. 1, hlm. 461)
- Jalur Ali bin Asim dari al-Mas'udi dari Ibn Hamid al-Himyari dari ayahnya:
حدثنا محمد بن أحمد المروزي ، نا عاصم بن علي ، نا المسعودي ، عن ابن حميد الحميري ، عن أبيه ؛ قال: كان يقال : من قلم أظفاره يوم الجمعة ، أخرج الله تعالى منه داء وأدخل فيه شفاء
Maksudnya: Dikatakan sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka Allah akan mengeluarkan darinya penyakit dan memasukkan ke dalamnya penawar.
Riwayat ini daif kerana beberapa sebab:
i. Riwayat ini mursal kerana Hamid al-Himyari bukanlah sahabat. Beliau juga tidak menyandarkan lafaz ini kepada Nabi sallallah alaih wasallam maka ia bukanlah hujah.
ii. Terdapat perawi yang bernama al-Mas'udi. Beliau dihukum sebagai perawi yang nyanyuk di akhir hayatnya. Asim bin Ali pula sememangnya mendengar hadis dari al-Mas'udi selepas beliau ditimpa penyakit nyanyuk. (Rujuk: Ibn Rajab al-Hanbali, Syarah 'Ilal al-Tirmizi, jld. 2, hlm. 748)
5. Jalur Abu Jaafar al-Baqir
al-Baihaqi meriwayatkan dari jalur Abu Jaafar dengan lafaz:
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يستحب أن يأخذ من شاربه وأظفاره يوم الجمعة
Maksudnya: Nabi sallallah alaih wasallam suka memotong misainya dan kukunya pada hari Jumaat.
Hadis ini daif kerana ia mursal (sanadnya terputus). (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 10, hlm. 346)
Kesimpulan
Maka jelas di sini tiada satu hadis pun yang sahih berkaitan kelebihan memotong kuku pada hari-hri tertentu. Fadhilat memotong pada hari tertentu itu tidak sahih dari mana-mana hadis. Kata al-Sakhawi:
لم يثبت في كيفيته، ولا في تعيين يوم له، عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء
Maksudnya: Tidak sahih (dalam bab memotong kuku) satu hadis pun dari nabi sallallah alaih wasallam pada kaifiat (memotongnya) dan juga pada menentukan hari (memotongnya) (Rujuk: al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)
Namun, perbuatan memotong kuku ini adalah perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam. Potonglah kuku kerana Islam sentiasa menganjurkan kebersihan tambahan pula pada hari Jumaat orang Muslim berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Oleh itu, sebahagian sahabat Nabi sallallah alaih wasallam dan sebahagian tabiin memotong kuku mereka pada hari Jumaat. (Rujuk: Ibn Rajab al-Hanbali, Fath al-Bari, jld. 8, hlm. 104)
Wallahu'alam
Abu Muaz Rozaimi Ramle
Sweileh, Jordan
2.22 petang
15 September 2014