Monday, March 12, 2012

Kisah Nabi Yunus

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan

Assalamualaikum wrt, yang dihormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Marilah kita hayati bersama kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun.

Nabi Yunus AS ialah putera Matta. Baginda adalah anak soleh yang mempunyai sifat terpuji. Baginda diutus kan oleh Allah kepada kaum Ninawa di Iraq yang hidup dalam kesesatan. Hampir setiap rumah penduduk di situ dipenuhi berhala untuk dipuja.

Pantun : Nabi segera sampaikan dakwah
Perintah dijunjung penuh berhikmah

Allah berfirman : اعوذبالله من الشيطان الرجيم وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرسَلِيْنَ
Mafhumnya : " ٍSesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang
rasul "
(Surah As-Shaffat ayat 139)

Kaum Ninawa tidak mempercayai kerasulan baginda. Mereka mengatakan tiada sesuatu yang istimewa pada diri baginda melainkan manusia biasa yang sama seperti mereka.

Syair : Nabi Yunus teruskan usaha
Walau mereka enggan terima
Tugas mulia terus dilaksana
Agar Iman subur di dunia

Ya, kawan-kawan,

Janganlah kita mensyirikkan Allah. Hindarilah perbuatan khurafat seperti yang selalu dipaparkan dalam media massa. Moga kita terhindar daripada bala bencana.

Lagu : Nabi gigih sampaikan dakwah Ilahi
Tinggalkan berhala sembahlah Yang Esa
Kaum tetap kufur bagonda kecewa
Nabi membawa diri dan berdoa

Sepeninggalan baginda kaumnya ditimpa azab. Wajah mereka menjadi cacat dan kulit bertukar warna. Mereka berasa bahang panas yang amat menyiksakan. Lantas mereka menyedari kesilapan diri.

Pantun : Taubat mereka Allah terima
Mereka kembali hidup sentosa

Firman Allah : الرجيم اعوذبالله من الشيطان
لَمَّا ءَامَنُواْ كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْىِ فِى الْحَيَوةِ الدُّنْيَا
Maksudnya : Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, kami
hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan
dalam kehidupan dunia.
(surah Yunus ayat 98)

Pantun : Kaum Nabi Yunus amat merindui baginda
Namun Nabi tidak kunjung tiba

Kawan-kawan,

Kita perlu tabah dalam menjalankan usaha-usaha dakwah. Kita perlu membantu rakan-rakan lain untuk menjauhi gejala-gejala sosial yang boleh mencemarkan nama baik agama Islam seperti penagihan najis dadah, pergaulan bebas dan lain-lain.

Berita gembira kaum Ninawa telah beriman di luar pengetahuan baginda. Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah dan dukacita. Baginda menumpang sebuah bahtera yang sarat dengan muatan.

Lagu : Angin ribut mengancam bahtera
Nakhoda bertindak penuh bijaksana
Undian dibuat untuk kurangkan isinya
Yunus terpilih tinggalkan bahtera

Firman Allah dalam Surah Ash-Shaafat ayat 141.
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ
Maksudnya : Kemudian ia turut diundi, lalu ia termasuk orang-
orang yang kalah dalam undian

Dalam diam Baginda menyedari bahawa inilah kifarah dosa akibat berhijrah meninggalkan kaumnya sebelum mendapat perintah Allah.

Kawan-kawan,

Kita perlu berfikir sebelum bertindak. Lihatlah kepada kes-kes remaja lari dari rumah yang akhirnya disesali dan amat menyusahkan semua pihak.

Syair : Saat kematian terbayang di mata
Baginda berserah kepada Yang Esa

اعوذبالله من الشيطان الرجيم
فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ
Surah Ash-Shaffat ayat 142.
Maksudnya : Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan
Tercela

Keadaan di dalam perut ikan Nun, hanya Allah yang tahu. Busuk…hanyir….dan gelap gelita. Perasaan baginda tidak dapat digambarkan.

Lagu : Taubat zikir tidak dihenti
Keampunan dipohon dari Ilahi
Ikan Nun melepas Nabi
Selamatlah Yunus azab duniawi

Kawan-kawan,

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Pengampun. Natijah dari bertaubat nasuha akan hadir keampunan dari Allah,
kerana bencana yang kita tidak terfikir boleh berlaku dengan kehendak Allah seperti berlaku tsunami di Acheh dan juga di Jepun.


Allah berfirman : اعوذبالله من الشيطان الرجيم
فَنَبَذْنَهُ بِالْعَرَآءِ وَهُوَ سَقِيمٌ

Maksudnya : Kemudian kami lemparkan dia ke daerah yang
tandus, Sedang ia dalam keadaan sakit

(Surah Ash-Shaaffat ayat 145)

Akhirnya, Nabi Yunus kembali menemui kaumnya. Alangkah gembiranya baginda kerana kaumnya telah beriman. Dengan linangan air mata kesyukuran baginda pun sujud memuji kebesaran Allah dan diikuti oleh kaumnya.

Lagu : Kembali Yunus disambut gembira
Limpahan kasih Allah yang Esa

Sahabatku sekalian,

Sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Jika kita berbuat khilaf, bertaubatlah sebelum terlambat. Ambillah ikhtibar dari penubuhan pusat pemulihan akhlak. Mohon kita dijauhi dari terlibat dalam aktiviti yang tidak berakhlak.

Terima kasih sudi mendengar
Kisah teladan buat azimat
Moga kita sentiasa sedar
Hidup bahagia dipenuhi rahmat.

وسلام عليكم ورحمة الله وبركة سكين تريما كاسيه